LATIHAN SURAT RASMI

LATIHAN SURAT RASMI

Latihan:

 Tidak jauh dari tempat tinggal anda, terdapat satu projek perumahan yang terbengkalai. Kawasan tersebut kebelakangan ini menjadi sarang penagih dadah dan tempat muda-mudi melakukan perbuatan sumbang. Anda ingin mengadukan masalah tersebut kepada pihak yang berwajib di samping mengemukakan cadangan untuk menangani fenomena sumbang ini. Tulis surat selengkapnya mengenai perkara tersebut.


Jawapan:


Aqil Mirza Bin Mohd Khalid
No. 14 Jalan 6/5D Puncak Bangi
Seksyen 6 
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Malaysia
_______________________________________________________________________________________
Tuan Mohd Sayuthi Bin Bakar ,
Pengerusi Tertinggi,
Majlis Perbandaran Kajang,
Selangor Malaysia                                                                                                              1 MEI 2018


Tuan,

ADUAN TENTANG PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI


1. Merujuk perkara di atas,saya AQIL MIRZA BIN MOHD KHALID dengan NO IC: 050102140203 ingin membuat aduan tentang sebuah projek perumahan yang terbengkalai berdekatan di kawasan perumahan saya.

2. Semenjak kebelakangan ini,kawasan tersebut telah menjadi sarang penagih dadah dan tempat orang muda melakukan perkara sumbang yang tidak sepatutnya berlaku.
3. Saya cadangkan agar pihak berkuasa dapat menyambung semula projek rumah yang terbengkalai ini ataupun pihak berkuasa robohkan sahaja rumah yang terbengkalai ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,



------------------------------------

AQIL MIRZA BIN MOHD KHALID
050102140203

Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN TATABAHASA